Apa sudah jadi? Calon PKR Wangsa Maju lupa bawa MyKad
Malik Ridhwan
April 28, 2018 10:24 MYT
April 28, 2018 10:24 MYT
Calon PKR Wangsa Maju, Datin Paduka Tan Yee Kew tidak dibenarkan memasuki pusat pencalonan di SMK Wangsa Melawati, gara-gara terlupa membawa MyKadnya bersama.
Pegawai SPR menafikan kemasukannya ke pusat pencalonan kerana dia tidak dapat menghasilkan MyKad.
Tan kelihatan sedang menunggu di bangku kerusi di luar pusat pencalonan sementara pembantunya pergi mendapatkan MyKad tersebut yang dipercayai ditinggalkan di dalam mesin fotokopi di rumahnya di Subang Jaya.
Menurut pegawai SPR, Tan dibenarkan masuk ke pusat tetapi dia perlu mengemukakan MyKad untuk memproses pendaftaran sebagai calon sebelum 10 pagi.
Beliau bagaimanapun sempat mengisi borang dan mendaftar selepas pembantunya tiba bersama MyKad Tan, lapat minit sebelum sebelum waktu penyerahan borang ditutup, jam 10 pagi.
#Datin Paduka Tan Yee Kew
#Malaysia Memilih
#mykad
#pegawai SPR
#Pilihan Raya Umum ke-14
#PRU14
#pusat pencalonan