"Apa khabar bossku?"- tanya Najib selepas BN menang di Cameron Highlands

Astro Awani
Januari 26, 2019 00:27 MYT
Datuk Seri Najib Tun Razak, nyata adalah antara yang paling gembira selepas Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands. Gambar Facebook
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, nyata adalah antara yang paling gembira selepas Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.
Ia jelas dilihat melalui gambar swafoto bersama dua bekas menteri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di laman sosial Facebook, dengan status "Apa Khabar bossku?".
BACA: BN kekalkan kerusi Cameron Highlands, Manogaran kalah lagi
Ahli Parlimen Pekan itu adalah antara individu yang aktif di media sosial dan turun padang ke Cameron Highland bagi memastikan BN menang di kerusi Parlimen itu.
#Barisan Nasional #Cameron Highlands #Facebook #Hishammuddin Hussein #laman sosial #Media #media sosial #menteri #Najib Razak #Parlimen #Perdana Menteri #pilihan raya #pilihan raya kecil #selfie #Zahid Hamidi
;