Apa berlaku pada satu jam pertama dalam Sidang Mesyuarat Khas hari ini?

Astro Awani
Julai 26, 2021 11:38 MYT
PM Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga, Majlis Parlimen ke-14 di Parlimen. Turut sama TPM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) dan Menteri Kanan merangkap Menteri MITI, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Walaupun UMNO memutuskan untuk menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun Mesyuarat Khas Persidangan Dewan Rakyat pada Isnin menyaksikan kesemua 38 Ahli Parlimennya masih berada di blok kerajaan.
Apa yang berlaku hanya perubahan kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri duduk di sebelah PM Muhyiddin.
Ini tiga perkara yang berlaku pada satu jam pertama berlangsungnya Mesyuarat Khas Dewan Rakyat.
1. Tidak sampai satu jam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bermula pagi ini, keadaan daripada tenang ketika Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berucap bertukar menjadi 'panas'.
SEMUA YANG BERLAKU DI PARLIMEN ADA DI LAMAN MIKRO SISITV PARLIMEN DI SINI
2. Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan tiada had kehadiran dalam Dewan Rakyat sepanjang Mesyuarat Khas Parlimen. LAPOR LANGSUNG SIDANG MESYUARAT KHAS PARLIMEN DI SINI
3. Ketua Parti boleh menggilirkan keahlian dalam Dewan setiap sejam.
#Parlimen #Mesyuarat Khas Parlimen #ismail sabri yaakob #Dewan Rakyat #Ahli Parlimen ' #Perdana Menteri #Muhyiddin Yassin #Timbalan Perdana Menteri #UMNO #blok pembangkang
;