Anwar, usah ganggu-gugat kestabilan politik sedia ada - Abdul Karim

Astro Awani
Oktober 13, 2020 15:26 MYT
"Kita mempunyai kerajaan yang baik terutama dalam menghadapi pandemik COVID-19 juga Perdana Menteri yang mampu menangani isu yang berlaku dengan baik, janganlah ia diganggu dan dipolitikkan," kata Abdul Karim. - fotoBERNAMA
KOTA SAMARAHAN: Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menggesa agar kestabilan politik yang sedia ada untuk tidak diganggu-gugat.
Abdul Karim berkata demikian sebagai respon kepada pertemuan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berlangsung hari ini.
Ini kerana tegasnya Malaysia kini dipimpin oleh sebuah kerajaan yang stabil terutama dalam menangani isu pandemik COVID-19.
“Saya berpendapat Yang di-Pertuan Agong bijak dalam menilai sesuatu perkara. Saya percaya apabila Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menghadap (Yang di-Pertuan Agong), semestinya beliau akan dinasihati oleh baginda.
“Kita mempunyai kerajaan yang baik terutama dalam menghadapi pandemik COVID-19 juga Perdana Menteri yang mampu menangani isu yang berlaku dengan baik, janganlah ia diganggu dan dipolitikkan,” katanya.
BACA: Anwar hanya kemukakan jumlah sokongan, tidak senaraikan sebarang nama - Istana Negara
BACA: Anwar dakwa ada sokongan lebih 120 Ahli Parlimen, mohon Agong diberi ruang dan masa
BACA: Anwar hanya kemukakan jumlah sokongan, tidak senaraikan sebarang nama - Istana Negara
Ujarnya lagi, meskipun Ahli Parlimen Port Dickson itu sudah mempersembahkan senarai sokongan ahli parlimen yang menyokongnya kepada Baginda, namun ia tidak bermakna Yang di-Pertuan Agong akan membuat keputusan segera.
Ini kerana, dia percaya Baginda semestinya akan teliti dalam setiap penilaiannya.
#Anwar Ibrahim #Abdul Karim Rahman Hamzah #Parti Pesaka Bumiputera Bersatu PBB #Parti Keadilan Rakyat PKR #Muhyiddin Yassin #Yang di-Pertuan Agong #COVID-19 #Ahli Parlimen Port Dickson #sokongan majoriti
;