IPOH: Naib Presiden Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, yakin Presiden itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memihak kepada mana-mana individu atau kumpulan yang bertanding merebut jawatan di dalam pemilihan parti ketika ini.
Beliau berkata, perkara itu hanya persepsi dan tafsiran pihak tertentu yang melihat kenyataan Anwar seolah-olah menyokong pesaingnya dalam merebut jawatan Timbalan Presiden, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Menurutnya, kempen pemilihan parti ketika ini banyak tertumpu soal prestasi PKR dalam pilihan raya umum lalu dan Anwar mempunyai tanggungjawab untuk memberikan beberapa penjelasan.
"Saya faham kadang-kadang nampak macam dia membela Saifuddin tapi kalau kita jadi presiden parti pun kita juga kena menjelaskan kenapa prestasi itu jadi begitu begini walaupun sebenarnya strategi dan perancangan itu dijalankan oleh kumpulan yang menyokong atau yang sepatutnya membantu presiden.
"Hanya kerana Saifuddin yang merupakan pasukan utama melaksanakan strategi parti itu sebelum ini itu tidak bermakna dia (Anwar) membela Saifuddin," katanya kepada pemberita selepas majlis Perjumpaan Yakini Rakyat Bersama Rafizi Ramli di Dewan Fook Tat Chee, Gunung Rapat, di sini pada Ahad.
Beliau berkata, semua keadaan itu bergantung kepada tafsiran masing-masing dalam membaca reaksi seseorang termasuk beberapa tanggapan menganggapnya sebagai seorang yang kasar.
Ditanya sama ada beliau mampu menambah kerusi untuk PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Rafizi berkata, perkara itu bergantung kepada rundingan antara parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH).
Menurutnya, bagaimanapun rundingan kerusi pada kali ini akan lebih mudah kerana hanya melibatkan parti-parti di dalam PH sahaja, tidak seperti PRU14 lalu kerana membabitkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
"Dalam parti, anggota tahu bahawa saya yang merundingkan kerusi seluruh negara pada PRU yang lepas. Kalau pun saya menang ataupun kalah, parti tetap akan menggunakan kemahiran saya berunding hasil daripada pengalaman memuktamadkan rundingan kerusi dengan PH.
"Segala rundingan adalah berdasarkan kepada parti mana yang boleh mewakili PH untuk menang. Kita tengok kedudukan kalau contohnya PKR merupakan parti yang lebih kuat di bawah, sudah tentu PKR berpeluang untuk mendapat lebih kerusi dan sebaliknya," katanya.
Antara yang dilihat hadir Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang; Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan; ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing; ADUN Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad; ADUN Teja, Sandrea Ng; ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail.
Rafizi yang merupakan bekas Ahli Parlimen Pandan sebelum ini mengumumkan akan bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan yang berlangsung ketika ini.
Beliau akan bersaing dengan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Artikel asal di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sun Apr 24 2022
Rafizi berkata, kempen pemilihan parti ketika ini banyak tertumpu soal prestasi PKR dalam pilihan raya umum lalu dan Anwar mempunyai tanggungjawab untuk memberikan beberapa penjelasan. - Gambar fail
Jutaan rakyat Amerika tunai tanggungjawab
Jutaan rakyat Amerika Syarikat mula membuang undi mereka pada Selasa ketika pusat mengundi dibuka di seluruh negara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 November 2024.
10 Berita Pilihan - (5 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 6 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ACLE: JDT benam juara Liga K1 Ulsan HD 3-0
JDT berjaya membenam juara Liga K1 Korea (Liga K1), Ulsan HD 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
Iran akan bertindak balas terhadap serangan Israel dengan 'cara terkawal dan diperhitungkan'
Iran pada Selasa berikrar akan bertindak balas terhadap serangan Israel pada Oktober dengan "cara yang terkawal dan diperhitungkan".
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Lelaki dicari bantu siasatan samun bersenjata kedai runcit
Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai runcit dengan menggunakan parang di Jalan Pokok Machang, di sini semalam.
Mahkamah tolak rayuan lelaki tuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada syarikat pembersihan
Seorang lelaki gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk menuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada sebuah syarikat perkhidmatan pembersihan yang dimiliki warga Bangladesh.
Anwar mahu pemilihan PKR disegerakan, tidak perlu ditangguh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan supaya pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) disegerakan.
Tiada keputusan tangguh pemilihan PKR selepas PRU16 - Fuziah
Tiada sebarang keputusan berhubung penangguhan pemilihan PKR selepas PRU16 dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), semalam.
'Dakwaan pemilihan PKR untuk singkir kem Anwar cerita dongeng'
Puah berkata, sudah menjadi tradisi pemilihan, akan ada yang kalah atau menang dan semua pihak perlu terbuka menerima keputusan itu.
Fokus isu semasa rakyat, henti kitar semula isu NFC - Penganalisis
NFC merupakan isu nasional namun pada waktu ini, kenaikan harga barang, kos sara hidup tinggi dan tiada kenaikan gaji lebih dilihat menjadi kebimbangan rakyat.
Wan Azizah terkilan wujud musuh dalam selimut
Walaupun tidak memperincikan insiden yang berlaku namun kenyataan tersebut dipercayai melibatkan pertikaian berhubung keputusan pemilihan parti berkenaan.
Pemilihan PKR: JPP sedia beri penjelasan kepada Hans Isaac
Pihaknya tidak ada masalah untuk memberi jawapan dalam masa seminggu memandangkan kongres melibatkan parti berkenaan akan tamat tidak lama lagi.
Ada pihak cuba godam keputusan pemilihan PKR - Dr Zaliha
Dr Zaliha Mustafa berkata, namun begitu, perkara tersebut telah dikenal pasti dan pakar audit telah memberi cadangan untuk mengemaskinikan rekod pengundian.
Muka baharu terajui PKR, kehendak ahli inginkan pembaharuan - Aminuddin
Sebahagian besar pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ini diterajui muka baharu susulan kehendak ahli yang inginkan pembaharuan.
Rafizi akan jumpa Anwar, mulakan persediaan PRU15 sebagai Timbalan Presiden PKR
Rafizi Ramli akan mengatur perjumpaan dengan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan segera untuk memulakan urusan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Realiti kehendak pengundi sudah berbeza, tidak lagi berkisar PH lebih bersih daripada BN, PN
Sekiranya PKR ingin terus mempengaruhi perubahan politik negara, parti perlu sentiasa yakin dengan kebijaksanaan rakyat.