Anwar sasar jawatan Presiden PKR

Firdaus Azil
Ogos 5, 2018 13:55 MYT
Sim Tze Tzin menunjukkan borang Pencalonan Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jawatan Presiden PKR. -Astro AWANI/ Firdaus Azil
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sah akan bertanding bagi jawatan Presiden parti itu untuk penggal 2018/21.
Borang beliau telah diserahkan melalui wakil yang juga Pengarah Strategik PKR Sim Tze Tzin kepada sekretariat pemilihan pada pukul 11.30 pagi tadi.
Keputusan itu juga bagi memudahkan laluan beliau sebagai Perdana Menteri, sebagai mana yang dipersetujui oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam tempoh dua tahun.
Buat masa kini masih belum diketahui sama ada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali yang juga penyandang Timbalan Presiden parti, akan mencabar Anwar atau terus mempertahankan kerusinya.
#Anwar Ibrahim #ekonomi #Ketua Umum #Menteri Hal Ehwal Ekonomi #Pakatan Harapan #Parti Keadilan Rakyat #pemilihan #Pengarah Strategik #Perdana Menteri #PKR #presiden
;