Anwar, Kit Siang dan lain-lain tidak sepatutnya diminta berundur - Zaid Ibrahim

Astro Awani
November 21, 2021 23:37 MYT
Zaid menjelaskan tanpa pemimpin utama PH itu, pemerintahan negara ini akan didominasi oleh satu parti sahaja. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP Kelantan, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, veteran DAP Lim Kit Siang dan pemimpin pembangkang yang lain sebagai wira.
Zaid mempersoalkan desakan yang dibuat oleh sesetengah pihak yang mahu pemimpin-pemimpin utama PH berundur selepas prestasi buruk gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Beliau menjelaskan tanpa pemimpin-pemimpin utama PH itu, pemerintahan negara ini akan didominasi oleh satu parti sahaja.
"Anwar, Kit Siang dan lain-lain adalah wira - beraninya anda meminta mereka untuk berundur. Tanpa mereka kita akan diperintah oleh satu pemerintah selamanya.
"Pengorbanan mereka adalah di luar kata-kata. Mudah bagi pengkritik untuk merungut tentang kekalahan dalam pilihan raya pilihan raya yang tidak bermakna," katanya menerusi akaun Twitternya.

Anwar Kit Siang and others are heroes- how dare you asked them to step down. Without them we will be ruled by one man govt for ever. Their sacrifice is beyond words. Easy for critics to lament about defeat in a meaningless election election

— Zaid Ibrahim (@zaidibrahim) November 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Barisan Nasional (BN) menang besar di PRN Melaka dengan mendapat 21 kerusi, ada dalam kalangan netizen yang didapati mengkritik pemimpin-pemimpin utama PH.
Ramai dari mereka yang mahu kepimpinan PH diserahkan kepada generasi muda dan ada yang menyalahkan Anwar atas sebab kekalahan pembangkang di Melaka kali ini.
Ada yang menganggap keputusan beberapa pemimpin PH mengambil bekas pemimpin BN yang berpaling tadah antara punca kekalahan gabungan tersebut.
#Zaid Ibrahim #Pakatan Harapan #Anwar Ibrahim #Lim Kit Siang #PRN Melaka #PH #Melaka Memilih #pilihan raya negeri #DAP
;