Anwar kembali 'beraksi': Mahathir, Wan Azizah gembira

Harits Asyraf Hasnan
Oktober 15, 2018 14:30 MYT
"Kami (PH) memang tahu Anwar pasti akan menang. Apabila berlaku persaingan tujuh penjuru, undi pembangkang akan pecah kepada enam, tentunya yang ketujuh akan menang. - Foto Shahir Omar
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan rasa keterujaan beliau selepas kembalinya bekas seteru politik beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Dewan Rakyat.
Jelas pemimpin berusia 93 tahun, kehadiran semula Anwar ke Dewan Rakyat sudah dijangka.
"Sudah tentu saya gembira Anwar masuk semula ke Parlimen, kami daripada parti sama. Lagipun kita memang menjangkakan kepulangan Anwar ke Parlimen.
"Kami (PH) memang tahu Anwar pasti akan menang. Apabila berlaku persaingan tujuh penjuru, undi pembangkang akan pecah kepada enam, tentunya yang ketujuh akan menang.
"Malah Anwar telah beroleh kemenangan besar dah tentu saya gembira," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut senada menyambut kepulangan semula suaminya, Anwar.
"Alhamdulillah ... gembira bahawa sebelum ini dinafikan hak untuk bertanding dah masuk balik dalam Parlimen, setelah mendapat keampunan atas dasar 'miscarriage of justice'.
"Bukan mengaku kesalahan, atas dasar 'miscarriage of justice'," katanya.
#Anwar Ibrahim #Dewan Rakyat #Mahathir Mohamad #Pakatan Harapan #Parlimen #pembangkang #Perdana Menteri #PRK Port Dickson #Timbalan Perdana Menteri #Wan Azizah Wan Ismail
;