Anwar jumpa Dr Mahathir pagi ini?

Astro Awani
Februari 24, 2020 00:57 MYT
Difahamkan, pertemuan antara Anwar dan Dr Mahathir itu berkait beberapa siri mesyuarat parti politik di negara ini pada Ahad. - Gambar fail
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Perdana Putra di sini hari ini.
Menurut sumber, pertemuan kedua-dua pemimpin tersebut dijadual berlangsung pada sekitar jam 9 pagi ini.
Difahamkan, pertemuan tersebut berkait beberapa siri mesyuarat parti politik di negara ini pada Ahad, selain perjumpaan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan UMNO serta Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di sebuah hotel di Petaling Jaya malam tadi.
Bagaimanapun, sumber di Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan, sehingga kini tiada sebarang pertemuan akan berlangsung antara Dr Mahathir dan Anwar di JPM hari ini.
BACA: Kita dikejutkan dengan pengkhianatan - Anwar
BACA: Jangan mainkan amanah rakyat, tunggu PRU akan datang - Amanah Kedah
BACA: Anwar jumpa pemimpin DAP, Amanah
BERITA LANJUT MENYUSUL
#Anwar Ibrahim #Azmin Ali #Mahathir Mohamad #Malaysia2020 #mesyuarat parti politik #PAS #pertemuan #pertukaran pakatan #PKR #PPBM #UMNO