Anwar Ibrahim semakin ceria dan sihat - Azmin Ali

Atiqah Ismail
Jun 25, 2018 16:21 MYT
Anwar dimasukkan ke wad Pusat Perubatan Universiti Malaya selepas mengalami masalah bahu kanan serta bahagian belakang pada 23 Jun lalu. -Foto Twitter Azmin Ali
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sempat meluangkan masa menziarahi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini ditahan wad di Pusat Perubatan Universiti Malaya, pagi tadi.
Menerusi status akaun Twitter yang dimuat naiknya Mohamed Azmin, beliau memaklumkan keadaan kesihatan Anwar bertambah baik.
“Menziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim di hospital pagi tadi. Alhamdulillah semakin sihat dan ceria,” catatnya.

Menziarahi Dato Seri Anwar Ibrahim di hospital pagi tadi. Alhamdulillah, semakin sihat dan ceria. pic.twitter.com/LiNPbXTkfM

— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) June 25, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Anwar Sakit belakang, Azizah batal hadir ke majlis Aidilfitri
Sebelum ini, kehadiran Anwar ke Majlis Terbuka Aidilfitri pada 23 Jun lalu terpaksa dibatalkan selepas mengalami masalah bahu kanan serta bahagian belakang beliau.
BACA: Sakit bahu dan belakang: Keadaan Anwar bertambah baik - TPM Wan Azizah
BACA: Anwar dinasihat tidak terima pelawat semasa rawatan
Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberitahu keadaan kesihatan Anwar bertambak baik.
#Anwar Ibrahim #Atiqah Ismail #Azmin Ali #batal hadir #majlis aidilfitri #pusat perubatan universiti malaya #Twitter #ziarah
;