Anwar hargai dukungan parti dalam Kerajaan Perpaduan, tidak layan cubaan rosak kerukunan
Bernama
Februari 28, 2025 00:34 MYT
Februari 28, 2025 00:34 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.
Presiden PKR itu berkata kepimpinan parti terutamanya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO menunjukkan komitmen tinggi dengan tidak melayan sebarang cubaan merosakkan kestabilan kerajaan sedia ada.
"Kita harus hargai sokongan rakan-rakan kita terutamanya UMNO diterajui Ahmad Zahid serta GPS dan GRS yang langsung tidak melayan segala cubaan merosakkan kerukunan yang ada.
"Apa (cabaran) yang diharungi rakan-rakan kita khususnya UMNO jauh lebih rumit, mereka lalui episod yang amat pedih dengan kekalahan (dalam pilihan raya) dan pengkhianatan yang jauh lebih besar dan mencabar daripada yang kita lalui," katanya.
Justeru Anwar dalam ucapannya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, Wanita, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor di sini malam ini mahu setiap ahli dan kepimpinan PKR menghargai kerjasama, semangat dan muafakat yang ditunjukkan kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan, khususnya UMNO.
- BERNAMA