Anthony Loke dilantik Setiausaha Agung DAP baharu, Guan Eng jadi Pengerusi DAP

Harits Asyraf Hasnan
Mac 20, 2022 12:15 MYT
Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP baharu. - Foto Astro AWANI
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP yang baharu.
Ia hasil mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) yang menang dalam pemilihan yang berlangsung hari ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng pula dilantik sebagai Pengerusi DAP Kebangsaan yang baharu dengan Ahlu Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang pula dipilih sebagai Mentor Parti manakala Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai dilantik sebagai Penasihat DAP.
Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming pula dilantik sebagai Ketua Whip DAP di Parlimen.
BACA: CEC DAP: Gobind raih undi tertinggi, beberapa nama besar tewas
#Lim Guan Eng #Anthony Loke #pemilihan DAP #Kongres DAP