Annuar Musa nafi gesa 'boikot' sidang khas Dewan Rakyat

Fauzi Suhaimi
Februari 28, 2020 11:19 MYT
Annuar nafi yang beliau gesa Ahli Parlimen agar 'memboikot' sidang khas Dewan Rakyat yang akan diadakan pada 2 Mac ini. -Twitter
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menafikan yang beliau menggesa semua Ahli Parlimen agar 'memboikot' sidang khas Dewan Rakyat yang akan diadakan pada 2 Mac ini.
Jelasnya, perkara itu perlu dibantah semua wakil rakyat kerana tiada notis rasmi dikeluarkan.
"Semua Ahli Parlimen perlu BANTAH sidang khas pada 2 Feb (sebenarnya Mac) sepertimana diumumkan perdana menteri interim kerana tidak mengikut perlembagaan, tidak mengikut prosedur dan tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong," tulis Annuar dalam tweetnya pada Jumaat.

ALL MPs must say NO to 2nd feb special sitting as announced by IPM..it is unconstitutional,procedurely improper AND DISRESPECT TO YDPA..

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) February 28, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan calon perdana menteri akan ditentukan dalam sidang khas Dewan Rakyat pada 2 Mac berikutan tiada mana-mana calon memperoleh majoriti dalam sesi temu bual khas bersama Yang di-Pertuan Agong dua hari lalu.
BACA: Tiada majoriti bentuk kerajaan, serah pada Dewan Rakyat - Tun M
Dalam perkembangan sama, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh menyelar tindakan sebuah portal berita berbahasa Inggeris yang disifatkan cuba mensensasikan isu tersebut.

The Malay Mail headlines at 9.51 read UMNO SEC GEN URGES MPs TO BOYCOTT SPECIAL SITTING ON MONDAY Pls rephrase your report/captions.Dont try to sensationalise it..AS NO NOTICE BEING ISSUED AS REQUIRED BY STANDING ORDER,MP MUST SAY NO TO IT. IT IS DISRECPECTFUL TO SPB YDPA. pic.twitter.com/fnXwArP6q5

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) February 28, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Sila semak semula laporan, keterangan gambar. Jangan cuba sensasikan isu ini," tulisnya.

Media tidak perlu berlumba lumba utk mengeluarkan berita dan mensensasikan berita dgn menokok tambah tajuk,caption dsbg nya. Semua rakyat berperanan membantu,khususnya kepada SPB YDPA yang sedang menjalankan tanggungjawab baginda berkaitan Perlantikan PM..media amat penting!

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) February 28, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Annuar Musa #Dewan Rakyat #Mahathir Mohamad #Parlimen #Twitter #UMNO #Yang di-Pertuan Agong
;