Annuar Musa dijangka adakan sidang media esok
Astro Awani
Januari 5, 2021 15:56 MYT
Januari 5, 2021 15:56 MYT
Tun Faisal (kiri) bersama Tan Sri Annuar Musa sedang makan tengah hari bersama semasa isu pemecatan Setiausaha Agung BN diperkatakan. - Sumber foto: Twitter Tun Faisal
KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dijangka mengadakan sidang media esok susulan isu pemecatan beliau sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dan Setiausaha Agung Muafakat Nasional (MN).
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz melalui hantarannya di laman Twitter pada Selasa.
Tun Faisal yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, sidang media itu akan diadakan di Putrajaya.
"Ramai rakan-rakan wartawan hubungi saya minta komen dan nak interview Tan Sri Annuar. Ramai juga sahabat-sahabat yang call dan text tanya perkembangan Tan Sri.
"Terima kasih atas keprihatinan semua. InsyaAllah, jika tiada aral, petang esok, kita aturkan sidang media di Putrajaya. Saya akan maklumkan masa, tempat nanti," katanya melalui satu hantaran di Twitter pada Selasa.
Memahami percaturan baharu UMNO
Pada Selasa, Annuar Musa dilucut daripada jawatan Setiausaha Agung BN berkuat kuasa serta -merta.
Sumber UMNO memaklumkan, keputusan itu dibuat Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di dalam satu mesyuarat di sini pada Selasa.
Susulan itu, Datuk Seri Ahmad Maslan dilantik menggantikan Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung BN.
#Zahid Hamidi
#Tan Sri Annuar Musa
#Ahmad Maslan
#pemecatan Annuar Musa
#Ahmad Zahid Hamidi
#UMNO
#Politik Malaysia
#Setiausaha Agung BN