Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Sinar Harian
Julai 6, 2024 17:00 MYT
Julai 6, 2024 17:00 MYT
SHAH ALAM: Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa membalas sindiran yang dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
Annuar mendakwa, kebarangkalian ada kurap kerana gatal dan geli masih belum habis walaupun ia sudah lama dibuang.
“Kemuncup dalam seluar. Yang lucunya kemuncup dah lama dibuang tapi kenapa gatal dan gelinya belum habis-habis?
“Entah-entah ada kurap!” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu.
Pada Jumaat, Ahmad Jazlan menyatakan beberapa bekas pemimpin UMNO yang keluar parti diibaratkan seperti kemuncup di seluar dalam.
Beliau berkata, istilah itu tepat menggambarkan keberadaan ahli yang tidak lagi sebulu dengan haluan parti atau menentang Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menurutnya, ahli atau parti tidak perlu menangisi atau kecewa dengan pemergian pemimpin seperti Annuar atau bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian