Annuar dakwa wujud gerakan kerjasama UMNO-DAP

Umavathi Ramayah
Januari 6, 2021 17:20 MYT
Tan Sri Annuar Musa mendakwa wujud gerakan di peringkat pucuk pimpinan UMNO untuk bekerjasama dengan DAP termasuk membentuk kerajaan baharu. - Gambar BERNAMA
PUTRAJAYA: Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mendakwa, wujud gerakan UMNO untuk bekerjasama dengan DAP termasuk membentuk kerajaan baharu.
Menurut Menteri Wilayah Persekutuan itu, beliau menerima laporan bahawa UMNO dalam proses menjalin kerjasama dengan DAP untuk tujuan itu.
"Saya dapat berita secara sahih wujud usaha perundingan melibatkan DAP dalam membentuk penjajaran baharu.
"Bukan soal sokongan atau tidak sokong DAP, saya berpegang kepada keputusan parti sehingga parti mengubah keputusan yang ada kekal tidak ada sebarang bentuk kerjasama atau cubaan membentuk kerjasama," katanya dalam sidang akhbar di Kementerian Wilayah Persekutuan di sini, pada Rabu.
BACA: Annuar Musa enggan bersubahat dengan Zahid Hamidi
BACA: Annuar Musa dedah surat sokongan pemimpin UMNO kepada Anwar Ibrahim
Ahli Parlimen Ketereh itu juga menjelaskan, perundingan itu melibatkan beberapa orang yang tidak dimaklumkan kepada parti.
"Jadi pada saya itu adalah satu tindakan yang bercanggah dengan pegangan dan pendirian saya sendiri," jelasnya.
Annuar bagaimanapun enggan mendedahkan individu yang terlibat dalam 'rundingan' itu, sebaliknya, hanya memberitahu, pertemuan itu melibatkan pucuk kepimpinan tertinggi.
[LAPOR LANGSUNG] Kemelut UMNO? Mana hala tuju menjelang PRU15
#politik #pecat #UMNO #Setiausaha Agung BN #Setiausaha Agung UMNO
;