Anifah dan isteri bersemangat buang undi

Fifi Harteeny Marzuki
Mei 9, 2018 14:21 MYT
Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Anifah Aman selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di SK Kampung Brunei, pagi tadi.
Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Anifah Aman selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di SK Kampung Brunei, pagi tadi.
Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Kimanis sejak tahun 2008 itu tiba bersama isteri Datin Seri Siti Rubiah Abdul Samad di pusat mengundi pada jam 9 pagi tadi dan selesai membuang undi pada jam 10.30 pagi.
Manakala di lokasi lain pula, calon dari Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang yang turut bertanding bagi merebut kerusi parlimen Kimanis menunaikan tanggungjawab di SK Kimanis pada 9.30 pagi dan selesai membuang undi pada jam 10.30.
Pengundi datang seawal jam 7 pagi di pusat mengundi itu bagi menunaikan tanggungjawab penting sebagai seorang rakyat sekali setiap lima tahun.
Parlimen Kimanis yang mempunyai dua kawasan DUN iaitu Membakut dan Bongawan mempunyai seramai 29,618 pengundi dan ketiga-tiga kerusi di kawasan ini pada pilihan raya yang lalu dimenangi oleh BN.
#Anifah Aman #Barisan Nasional #Datuk Karim Bujang #Kimanis #Malaysia Memilih #Parti Warisan Sabah #pengundi #Sk Kampung brunei #SK Kimanis #Warisan
;