KUALA LUMPUR: Anggota-anggota Biro Politik UMNO mula tiba ke menara Dato' Onn di sini, sekita jam 8 malam bagi menghadiri mesyuarat biro berkenaan malam ini.
Seperti biasa, kehadiran mereka disambut oleh petugas media yang telah lebih awal berkumpul di ruang legar di sini sejak petang lagi.
Namun tiada sebarang maklumat yang dikongsikan kepada media setakat ini tentang agenda utama yang bakal dibincangkan dalam mesyuarat melibatkan kepimpinan tertinggi parti terbesar orang Melayu itu.
Bagaimanapun difahamkan, mesyuarat itu akan turut membincangkan isu berkaitan bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak, yang telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta di Mahkamah Persekutuan, semalam.
Anggota Biro Politik UMNO diterdiri daripada 26 orang.
Ia termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan; tiga naib presiden, ketua wanita, ketua pemuda dan ketua puteri.
Selain itu, ia turut dianggotai oleh Setiausaha Agung UMNO dan Setiausaha Agung Barisan Nasional, Ketua Penerangan dan Bendahari UMNO, 13 pengerusi perhubungan negeri dan setiausaha kerja.
Dua hari lalu 158 daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menghadiri mesyuarat tergempar di ibu pejabat UMNO yang difahamkan antara lain, bersetuju mahu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan dalam kadar segera.
Mahkamah Persekutuan semalam mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Najib tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Raja Hisyam Raja Zaid
Wed Aug 24 2022

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar, antara yang menghadiri mesyuarat Biro Politik UMNO, malam ini. - Gambar/ Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

PRN Johor: Mesyuarat Biro Politik UMNO tamat selepas 2 jam
Kenderaan rasmi yang membawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga merupakan Naib Presiden Umno, dilihat meninggalkan kawasan itu pukul 10.45 malam.