'Anai-anai sudah rosakkan tiang rumah' - Rafidah

Astro Awani
Mei 4, 2018 23:51 MYT
RAFIDAH: Rumah kita yang cantik tu sudah macam-macam makhluk perosak. - Facebook Parti Keadilan Rakyat
Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz membuat kemunculan pertama kali dalam kempen Jelajah Pakatan Harapan.
Beliau muncul dalam kempen blok pembangkang itu di Melaka.
Dalam ucapannya, beliau bercakap mengenai satu senario yang disamakan dengan analogi ‘rumah yang mengalami kerosakan teruk'.
Katanya, setiap lima tahun, 'kontraktor' yang menjaga 'rumah' akan meminta supaya diberikan kontrak baru.
"Rumah kita yang cantik tu sudah macam-macam makhluk perosak, tikus datang korek, ular masuk, serangga masuk, anai-anai sudah rosakkan tiang rumah kita," katanya.
Rafidah yang merupakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri muncul di pentas Pakatan Harapan selang beberapa hari selepas penyertaan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.
Selain Rafidah dan Daim, Jelajah Harapan di Melaka turut dihadiri oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan penyandang kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar Mohd. Akin.
#Barisan Nasional #Daim Zainuddin #Hang Tuah Jaya #Mahathir Mohamad #Malaysia #MalaysiaMemilih #Melaka #Mohamad Sabu #Pakatan Harapan #PRU14 #Rafidah Aziz #Shamsul Iskandar Md Akin #Wan Azizah Wan Ismail
;