AMK Selangor sokong penuh mobilisasi #RakyatHakimNegara

Hamzah Hamid
Oktober 17, 2014 11:55 MYT
Radzlan (tiga dari kiri) dan anggota AMK menunjukkan placard dan hashtag yang bakal digunakan pada 28 dan 29 Oktober nanti - Foto Astro AWANI
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Selangor hari ini menyatakan pendirian mereka menyokong penuh mobilisasi #RakyatHakimNegara yang dilancarkan baru-baru ini.
Dalam sidang media di ibupejabat Parti Keadilan Rakyat di Petaling Jaya hari ini, Naib Ketua AMK, Mohd Radzlan Jalaluddin memberitahu sokongan tersebut adalah untuk melahirkan solidariti dan sokongan kepada Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pendengaran rayuan akhir kes liwatnya yang dijadualkan pada 28 dan 29 Oktober di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya.
"AMK Selangor akan menggerakkan anggota-anggota AMK dari setiap cabang di seluruh Selangor.
"Kami juga menyediakan seramai 300 orang anggota AMK sebagai skuad keselamatan yang berperanan mengawal keadaan dan keselamatan rakyat yang hadir," ujarnya yang mahukan perhimpunan sokongan itu berlangsung dalam keadaan aman.
##RakyatHakimNegara #AMK #Angkatan Muda Keadilan #mahkamah
;