AMK Johor desak exco Pas letak jawatan
Hafiz Marzukhi
Mei 20, 2017 16:23 MYT
Mei 20, 2017 16:23 MYT
Perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dari Johor menggesa tiga exco Pas di Selangor untuk melepaskan jawatan mereka.
Perwakilan tersebut, Naim Jusri mencabar Pas untuk melepaskan jawatan baik di peringkat kerajaan atau lantikan politik seperti yang dilakukan PKR di Kelantan.
"Kalau mereka anak jantan, letak jawatan sekarang!" katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua AMK pada Kongres Nasional AMK di sini hari ini.
Desakan beliau mendapat sokongan daripada perwakilan yang hadir.
Kongres Tahunan AMK dijadual berakhir hari ini.