Ambil iktibar peristiwa hitam kekalahan UMNO di Terengganu - Khairy
Astro Awani
Ogos 6, 2016 21:11 MYT
Ogos 6, 2016 21:11 MYT
Semua pihak perlu terus memberikan sokongan kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman untuk terus menerajui negeri itu.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata sudah tiba masa pihak bertelagah untuk melupakan sebarang perselisihan dan kembali kepada perjuangan asal membela nasib rakyat.
Jelas Khairy Jamaluddin, peristiwa hitam kekalahan UMNO di Terengganu pada pilihan raya 1999 perlu dijadikan iktibar bagi mengelak ia berulang.
"Kita tidak mahu melalui peristiwa perit tahun 1999. Ada yang masih lagi ingat peristiwa itu, saya rasa golongan wanita semua ingat. Kita dikejar keluar, anak-anak kita dihalau dari tadika.
"Kita perlu ingat dalam peristiwa sejarah hitam tahun 1999 kerana walau apa pun berlaku, tugas kita untuk mempertahankan kerajaan UMNO negeri Terengganu sekarang," kata Khairy Jamaluddin.
Justeru, adalah penting untuk setiap ahli UMNO memikul tanggungjawab memelihara dan mempertahankan maruah parti agar dapat mengekalkan keyakinan rakyat.
#Ahmad Razif Abdul Rahman
#kekalahan UMNO di Terengganu
#Khairy Jamaluddin
#Menteri Besar Terengganu