Semua anggota Pemuda UMNO diberi amaran agar tidak menyertai 'Himpunan Selamatkan Malaysia' pada 27 Mac ini.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin menegaskan, mana-mana anggota yang didapati terlibat atau menyertai perhimpunan itu akan dikenakan tindakan displin.
"Bagi anggota kami (Pemuda) mereka tidak bebas untuk lakukan apa mereka mahu.
"Mana-mana anggota yang sertai himpunan tersebut pada 27hb ini akan dikenakan tindakan displin," ujarnya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda di sini hari ini.
Pada masa sama, Khairy mengulangi pendirian Pemuda yang secara tegas menolak Deklarasi Rakyat yang disifatkan bertentangan dengan sistem politik negara.
"Sistem politik negara kita demokrasi berpalimen yang mana kerajaan ditentukan melalui pilihan raya lima tahun sekali.
Bukan melalui deklarasi, bukannya melalui pungutan suara, bukan melalui pungutan tanda tangan, bukannya melalui sidang akhbar. Bagi saya yang paling penting mandat yang diberi dalam pilihan raya dan mandat itu masih lagi memihak kepada BN kepada Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri," katanya lagi.
Khairy diminta mengulas mengenai perhimpunan anjuran bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang dijangka akan turut dihadiri semua pimpinan Pakatan Harapan, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin-pemimpin veteran yang menandatangani Deklarasi Rakyat tersebut.
Khairunnisa Kasnoon
Tue Mar 22 2016
![Amaran buat anggota Pemuda UMNO, jangan hadiri 'Himpunan Selamatkan Malaysia' - Khairy Amaran buat anggota Pemuda UMNO, jangan hadiri 'Himpunan Selamatkan Malaysia' - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/81458661285_ExcoPemudaUmno.jpg)
KHAIRY: Mana-mana anggota yang sertai himpunan tersebut pada 27hb ini akan dikenakan tindakan displin. - Foto Astro AWANI
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Bawa masuk FDI bukan macam pergi pasar Bawa masuk FDI bukan macam pergi pasar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/51447947726_foreigndirectinves.jpg)
Bawa masuk FDI bukan macam pergi pasar
Selepas pelbagai angka memberangsangkan mengenai FDI, masih ada pihak yang begitu emosional dan tetap konsisten mengkritik Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
![Serah kuasa PM: Otai Reformis jangan ugut Dr Mahathir - Khairuddin Serah kuasa PM: Otai Reformis jangan ugut Dr Mahathir - Khairuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/71550636440_TunM.jpg)
Serah kuasa PM: Otai Reformis jangan ugut Dr Mahathir - Khairuddin
Kumpulan Otai Reformis diingatkan tidak mengugut Tun Dr Mahathir Mohamad dalam dalam isu penyerahan kuasa Perdana Menteri .
![TMJ jangan cakap isu yang tidak difahaminya - Khairuddin TMJ jangan cakap isu yang tidak difahaminya - Khairuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41526177414_KHAIRUDDINABU.jpg)
TMJ jangan cakap isu yang tidak difahaminya - Khairuddin
Khairuddin berkata, TMJ adalah seorang anak muda yang masih mentah dalam pengalaman politik.
![Akuan bersumpah palsu, Chegubard buat laporan kepada SKMM Akuan bersumpah palsu, Chegubard buat laporan kepada SKMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/71447400260_Chegubard.jpg)
Akuan bersumpah palsu, Chegubard buat laporan kepada SKMM
Laporan berhubung penyebaran akuan bersumpah palsu oleh beberapa laman facebook pro-'Deklarasi Mahathir.'
![Tun M gangguan atau bantuan kepada Pakatan Harapan? Tun M gangguan atau bantuan kepada Pakatan Harapan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/71465658664_TunMahathirTunM.jpg)
Tun M gangguan atau bantuan kepada Pakatan Harapan?
Pada 23 Mei, Khairuddin Abu Hassan dalam satu ceramah Parti Amanah Negara (PAN) di Dewan Seri Sekinchan mengumumkan Tun Dr Mahathir akan berkempen untuk calon Pakatan Harapan.
![Pemalsuan SD: 'SAMM akan buat laporan polis' - Chegu Bard Pemalsuan SD: 'SAMM akan buat laporan polis' - Chegu Bard](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/71447400260_Chegubard.jpg)
Pemalsuan SD: 'SAMM akan buat laporan polis' - Chegu Bard
Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin ia akan membuka kepada siasatan oleh forensik polis mengenai SD berkenaan.
![Dr Mahathir nafi majoriti tandatangan Deklarasi Rakyat adalah palsu Dr Mahathir nafi majoriti tandatangan Deklarasi Rakyat adalah palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/61463136369_DeklarasiRakyat.jpg)
Dr Mahathir nafi majoriti tandatangan Deklarasi Rakyat adalah palsu
Menurut Dr Mahathir, lebih 300,000 tandatangan yang mempunyai unsur penipuan telah dikeluarkan daripada senarai deklarasi.
![Tak kisah parti mana, asal sokong Deklarasi Rakyat - Dr Mahathir Tak kisah parti mana, asal sokong Deklarasi Rakyat - Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81452750525_MahathirKLSummit.jpg)
Tak kisah parti mana, asal sokong Deklarasi Rakyat - Dr Mahathir
Ditanya sama ada beliau akan turun berkempen bagi PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Tun Mahathir berkata, beliau akan cuba.
![Deklarasi Rakyat: 'Ratu Naga' sumpah laknat tidak kenal Azharuddin Deklarasi Rakyat: 'Ratu Naga' sumpah laknat tidak kenal Azharuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/61463136369_DeklarasiRakyat.jpg)
Deklarasi Rakyat: 'Ratu Naga' sumpah laknat tidak kenal Azharuddin
Syarul Ema Rena Abu Samah yang turut dikenali dengan gelaran 'Ratu Naga' di alam maya, hari ini, membuat sumpah laknat bahawa beliau tidak kenal pengaturcara komputer bebas bernama Azharuddin Othman.
![Wan Azizah, Nurul Izzah sifatkan surat Anwar hal dalaman PKR Wan Azizah, Nurul Izzah sifatkan surat Anwar hal dalaman PKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/71448693247_WanAzizah.jpg)
Wan Azizah, Nurul Izzah sifatkan surat Anwar hal dalaman PKR
Wan Azizah enggan mengulas lanjut surat yang secara keras menentang Deklarasi Rakyat.