Amanah terima banyak permohonan keahlian baharu - Mat Sabu

Bernama
Jun 16, 2018 18:52 MYT
MAT SABU: Keanggotaan parti itu kini sudah mencecah angka 100,000 ahli dan terus meningkat. - Gambar fail
Parti Amanah Negara (Amanah) menerima banyak pemohonan termasuk daripada pemimpin parti lain selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk menjadi anggota Amanah.
Presiden Amanah Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata keanggotaan parti itu kini sudah mencecah angka 100,000 ahli dan terus meningkat.
"Ramai mahu menyertai Amanah termasuk ahli parti politik lain... kalau ahli biasa kami akan terus terima tetapi kalau pemimpin parti, kita perlu berbincang dahulu sebelum menerima keanggotaan," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Taman Guar Petai sini hari ini.
Katanya, beliau difahamkan terdapat beberapa pemimpin parti politik yang berhasrat menyertai Amanah tetapi setakat ini belum ada pengesahan.
Terdahulu, hampir 5,000 tetamu membanjiri kediaman Mohamad Sabu yang juga Menteri Pertahanan termasuk Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Gelang Patah (Iskandar Puteri) Lim Kit Siang dan kepimpinan Pakatan Harapan; gabungan PKR, Bersatu, DAP dan Amanah, peringkat negeri. - BERNAMA
#DAP #Lim Guan Eng #Lim Kit Siang #Mohamad Sabu #Parti Amanah Negara #Pilihan Raya Umum ke-14 #PKR #politik #PRU14
;