Amanah tangguh pemilihan parti 18 bulan - Setiausaha Agung

Bernama
September 17, 2022 16:42 MYT
Dr Mohd Hatta berkata penangguhan tersebut membolehkan pemilihan parti berkenaan dilaksanakan selewat-lewatnya April depan dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah memberi kebenaran bagi penangguhan itu. - Foto Facebook/Amanah
SEREMBAN: Parti Amanah Negara (Amanah) menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya perlu dibuat hujung tahun ini selama 18 bulan, kata Setiausaha Agungnya Datuk Dr Mohd Hatta Ramli.
Dr Mohd Hatta berkata penangguhan tersebut membolehkan pemilihan parti berkenaan dilaksanakan selewat-lewatnya April depan dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah memberi kebenaran bagi penangguhan itu.
"Ia bagi memberi laluan parti membuat persediaan menumpukan usaha bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU)," katanya kepada Bernama di luar Konvensyen Nasional Amanah 2022 di sini yang sedang berlangsung bermula semalam hingga esok.
Pemilihan Amanah pertama kali telah diadakan pada Konvensyen Nasional Amanah Nasional 2019 pada 6 hingga 8 Dis 2019 di Shah Alam, Selangor bagi memilih Jawatankuasa Nasional Amanah untuk sesi 2019-2022.
-- BERNAMA
#Amanah #Parti Amanah Negara #tangguh #pemilihan parti #Mohd Hatta Ramli #Jabatan Pendaftaran Pertubuhan #ros #PRU15 #pilihan raya umum
;