Amanah sedia wujud percaturan baharu pembangkang

Faris Danial Razi
Disember 29, 2020 14:20 MYT
Fatihah berkata Presiden Amanah akan menyentuh isu yang menjadi bibit perpecahan dalam parti itu pada Konvensyen Nasional akan datang. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) sedia mewujudkan percaturan baharu pembangkang sebagai sebahagian persiapan menuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Naib Ketua Wanita Muda Amanah (Warda Nasional) Fatihah Salahuddin berkata demikian menerusi program Dialog Pembangkang di Astro AWANI berjudul 'Grand Coalition: Percaturan baharu pembangkang dan persiapan menuju PRU15' pada Isnin.
"Amanah bersedia mewujudkan percaturan politik ini. Ia penting walaupun tidak ada secara rasmi lagi sebarang bentuk kertas kerja yang dibentangkan dan dibahaskan.
"Tetapi, isyarat ini amat penting sekali kepada para perwakilan pada Konvensyen Nasional Parti Amanah yang kali ini akan ditutup oleh Presiden, Mohamad Sabu.
"Beliau akan menyentuh isu yang menjadi bibit perpecahan dalam Amanah. Prinsip utama kita, berpegang kepada janji. Dan kita tidak taksub kepada mana-mana tokoh," jelasnya.
Sabtu lalu, Mohamad menegaskan, Amanah akan terus memainkan peranan mengukuhkan Pakatan Harapan (PH) serta meluaskan kerjasama dengan parti pembangkang lain dalam membentuk satu gabungan besar bagi menghadapi PRU15.
Katanya, beliau yakin, PH mampu mencari titik persamaan dengan mengukuhkan kembali hubungan antara semua pemimpin pembangkang sedia ada.
#Mohamad Sabu #Pakatan Harapan #Parti Amanah Negara #pilihan raya #pilihan raya umum #pembangkang #kerajaan #politik #Amanah #Parlimen #presiden #Warda Nasional #Fatihah Salahuddin #percaturan baharu
;