JIKA semalam Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar mengimbau kenangan beliau bersama bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dengan memuat naik gambar mereka berdua di Instagramnya.

Hari ini giliran Rafizi memuat naik di Instagramnya gambar Khairy yang sedang bersidang di Parlimen.

Dalam perkongsian itu, Rafizi berkata dia sempat menonton Khairy mewakili Ketua Pembangkang dalam ucapan pertama membahaskan belanjawan.

“Yang paling menarik ialah YB Rembau membawa rehal ke dalam Dewan.

“Dulu, saya selalu ditegur kerana nampak selalu tunduk (hingga menampakkan rambut yang makin menipis) apabila berucap di Parlimen

”Patut setiap Ahli Parlimen diberikan rehal supaya tidak tertunduk-tunduk semasa beri ucapan,” katanya.

Menariknya, tidak lama selepas itu, Khairy dilihat meninggalkan komen ringkas di ruangan komen.

“Aku bahas sejam lebih, you nampak rehal je,” katanya.




Rata-ratanya pelayar Instagram terhibur dengan perkongsian Rafizi itu.

Menurut har76ahmad, dia menganggap kedua-dua figura politik itu bersahabat baik.

“Kelakar YB berdua nie.. ooo bestie (sahabat baik),” katanya

Sementara menurut emcee_adykamal berkata, Rafizi dan Khairy adalah individu hebat.

“Lawak la korang ni @khairykj & @rafiziramli, kalau bergabung kan bagus. Dua-dua hebat,” katanya.