Akta Antilompat Parti: Baca MoU, jangan ubah fakta, kata Lim Guan Eng pada Annuar Musa

Astro Awani
Mac 22, 2022 13:49 MYT
Guan Eng meminta Annuar Musa untuk membaca terlebih dahulu MoU berkenaan agar tidak mengubah fakta sebelum membuat sebarang kenyataan mengelirukan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Lim Guan Eng membidas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berhubung Akta Antilompat Parti yang termaktub dalam perjanjian persefahaman (MoU) di antara Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Justeru, Guan Eng meminta Annuar untuk membaca terlebih dahulu MoU berkenaan agar tidak mengubah fakta sebelum membuat sebarang kenyataan mengelirukan.
“Saya tahu Annuar Musa ni takut nak pilihan raya umum (PRU) kerana bimbang tidak akan diberi surat watikah bertanding mewakili UMNO kerana memberontak lawan presiden partinya sendiri.

Saya tahu Annuar Musa ni takut nak Pilihan Raya Umum kerana bimbang x akan diberi surat watikah bertanding mewakili UMNO kerana memberontak lawan Presiden partinya sendiri. Ttp janganlah kerana takut tak dapat bertanding, sehingga nak ubah fakta & membelakangkan kebenaran. (1/6) pic.twitter.com/YJK2U6yDJ5

— Lim Guan Eng (@guanenglim) March 22, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Tetapi janganlah kerana takut tak dapat bertanding, sehingga nak ubah fakta dan membelakangkan kebenaran. Tolonglah baca MoU yang ditandatangani antara pemimpin PH dan perdana menteri anda sendiri,” katanya di Twitter.
Beliau merujuk kenyataan Annuar pada Isnin yang meminta DAP untuk tidak mengelirukan rakyat mengenai kandungan MOU tersebut.
BACA: MoU kerajaan - pembangkang: DAP jangan kelirukan rakyat, pesan Annuar
#Lim Guan Eng #Annuar Musa #Akta Anti Lompat Parti #kerajaan - pembangkang
;