Ahmad Husni berdepan pencabar dua pemimpin tertinggi pembangkang
Abd Razak Mohd Ali
April 28, 2018 13:23 MYT
April 28, 2018 13:23 MYT
Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah akan berdepan pencabar dua pemimpin tertinggi pembangkang di Perak untuk mempertahankan Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.
Dua pemimpin itu ialah Pengerusi Pakatan Harapan Perak, Ahmad Faizal Azumu dan Timbalan Ketua Dewan Ulama Perak, Muhamad Zulkifli Mohd Zakaria.
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kinta pula menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Datuk Aminuddin Md Hanafiah (BN), Muhamad Arafat (PKR), Mat Salleh Said (PAS) dan calon bebas, S. Murugiah, 53.
Kerusi Manjoi pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin (BN), Asmuni Awi (Keadilan) dan Mohd Hafez Sabri (PAS).
Kira-kira 8,000 penyokong BN Tambun mengiringi calon-calon mereka di pekarangan pusat penamaan calon di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jelapang, dekat sini sejak jam 7.30 pagi.
Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya P063, Nurdina Muhammad mengumumkan senarai calon yang bertanding kira-kira jam jam 12.20 tengahari.
#Ahmad Faizal Azumu
#Ahmad Husni Hanadzlah
#Bekas Menteri Kewangan II
#Ipoh
#Malaysia Memilih
#Perak
#saingan sengit
#Tambun