Ahmad Faizal menghadap Sultan Perak pagi ini
Harits Asyraf Hasnan
Mac 10, 2020 09:27 MYT
Mac 10, 2020 09:27 MYT
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tiba di Istana Kinta di sini pagi ini bagi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Beliau yang dilihat tiba di perkarangan istana sekitar jam 9.10 pagi sempat melambai ke arah media sebelum memasuki istana.
Ahmad Faizal dijadual menghadap Sultan Nazrin bagi menyembah maklum berkenaan kedudukan beliau sebagai menteri besar selain peralihan kerajaan negeri Perak.
Semalam, Perikatan Nasional Perak mengumumkan membentuk Kerajaan Perak yang baharu selepas berjaya memperoleh sokongan majoriti 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Ia merangkumi 25 ADUN UMNO, empat Bersatu dan tiga dari Pas.
#ADUN
#Ahmad Faizal Azumu
#gabungan baharu
#Malaysia2020
#Menteri Besar
#PAS
#Perak
#Perikatan Nasional
#Sultan Perak
#UMNO