Ahmad Bashah pengerusi mesyuarat exco di Hospital Pulau Pinang

Harits Asyraf Hasnan
Jun 22, 2016 05:39 MYT
Ahmad Bashah (gambar) memulakan tugasnya dengan mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Hospital Pulau Pinang. -Foto Unit Media Kerajaan Negeri Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah memulakan tugasnya hari ini dengan mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri Kedah di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Beliau beransur sihat selepas menjalani pembedahan komplikasi usus di HPP pada 7 Jun lalu.
Menurutnya, walau apa pun terjadi, tanggungjawab beliau kepada rakyat dan negeri Kedah mesti dilaksana dan diutamakan.
Ahmad Bashah pada masa sama mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Kedah Medical Centre (KMC) dan HPP kerana memberi perkhidmatan terbaik sepanjang rawatan.
#Ahmad Bashah Md Hanipah #Hospital Pulau Pinang #HPP #Kerajaan negeri Kedah #Mesyuarat EXCO