Ahmad Bashah diumum Menteri Besar Kedah yang baharu

Astro Awani
Februari 3, 2016 12:14 MYT
Ahmad dijadualkan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di Istana Anak Bukit di Alor Setar 10 pagi esok.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Bakar Din hari ini mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.
Perkara itu dimaklumkan sejurus pengumuman peletakan jawatan oleh Mukhriz pagi ini yang berkuat kuasa serta merta.
"Berikutan peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz sebagai Menteri Besar, Jemaah Pemangku Sultan telah berkenan Datuk Seri Ahmad Bashah, Adun Bakar Bata dilantik sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa esok 4 Feb (2016).
" Majlis pelantikan Menteri Besar Kedah akan diadakan esok 4 Feb jam 10 pagi di Istana Anak Bukit, Alor Setar," katanya.
Ahmad dijadualkan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di Istana Anak Bukit di Alor Setar 10 pagi esok.
Ikuti reaksi beliau yang diwawancara oleh Astro AWANI.
BACA: Mukhriz letak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah
BACA: Kronologi krisis Menteri Besar Kedah
BACA: ADUN Kedah sifatkan kenyatan Mukhriz sebagai tidak rasmi
VIDEO: Reaksi Ahmad Bashah berhubung pelantikan MB Kedah baharu
BACA: ADUN BN adakan pertemuan dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah esok
#Ahmad Bashah Md Hanipa #Bakar Din #MB #Menteri Besar Kedah #Mukhriz Mahathir #setiausaha kerajaan negeri
;