'Ahli politik perlu bersyukur, rakyat Malaysia matang, bukan kaki merusuh'

Madiha Abdullah
Oktober 24, 2020 14:54 MYT
Penerimaan rakyat Malaysia terhadap krisis politik kini lebih matang dan ia sepatutnya tidak diambil kesempatan oleh ahli politik. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ahli politik di negara ini seharusnya bersyukur kerana rakyat Malaysia masih mampu bertenang tatkala konflik politik terus memuncak ketika ini.
Berbeza dengan rakyat beberapa negara lain yang gemar memilih cara yang lebih agresif dalam meluahkan rasa tidak puas hati, rakyat Malaysia kini lebih lebih matang dan ia sepatutnya tidak diambil kesempatan oleh ahli politik.
Itu antara dapatan pungutan suara di media sosial Astro AWANI yang memperlihatkan biarpun netizen khususnya lebih 'cakap lepas', namun mereka masih tahu batasan dan mahu negara ini terus dalam keadaan stabil dan aman.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Darurat? Ini perkembangan politik negara
BACA: Agong nasihat rakyat tenang, sabar, jangan spekulasi
BACA: Darurat tidak akan bantu tangani COVID-19 - Dr Mahathir
BACA: Pertahankan perlembagaan ketika tangani krisis - Mohamad Hasan

#AgongKita bertitah agar rakyat sabar, tenang dan jangan spekulasi. Apa pula pesanan anda kepada ahli politik Malaysia? Kongsikan bersama kami sekarang!#HapusCOVID19

— Astro AWANI (@501Awani) October 24, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Majoriti juga menggesa agar ahli politik menghentikan sikap pentingkan diri sendiri dan bersatu tanpa mengira fahaman politik, sekaligus meletakkan kepentingan rakyat di tempat teratas.

Doa orang yang teraniaya takde hijab. Sebabkan politik, berapa ramai rakyat malaysia teraniaya? Berapa banyak doa tanpa hijab dah sampai arash Allah? Straight takde belok² doa tu sampai. Tunggu perkenan je, eloklah mintak maaf, berubah and bertaubat sebelum terlambat.

— (@heyitsmehakim) October 24, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Buat kerajaan perpaduan. Bersatu la skjap. Semua parti dapat kuasa. Covid-19 dah reda, baru buat PRU. Kami dah bosan. Tukar PM berkali² pun belum tentu kita dapat hidup sprti biasa balik.

— Nizar Azhar (@NizarA2har) October 24, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Jangan kebulur jawatan & harta saat pandemik begini boleh tak.. buruk sgt rupanya..

— rohaizadzamri (@EjadJaszle) October 24, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tolonglah jalankan tugas dengan niat yang betul dengan penuh amanah. Jangan pentingkan kuasa/pangkat/kekayaan. Pandemik ini adalah satu peringatan bahawa siapa pun boleh jadi korban covid.

— Dr. Wei Chun Loh (@weichun_1015) October 24, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#politik #media sosial #COVID-19 #pandemik #kerajaan #Amanah #ahli politik #darurat #Agong
;