Ahli Parlimen tiba untuk Istiadat Angkat Sumpah Kabinet

Fareez Azman
Ogos 30, 2021 13:50 MYT
Kenderaan yang membawa Ahli-Ahli Parlimen yang akan mengangkat sumpah jawatan mula memasuki Pintu Dua Istana Negara sejak jam 1.15 tengah hari tadi. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kenderaan yang membawa Ahli-ahli Parlimen yang akan mengangkat sumpah jawatan mula memasuki Pintu Dua Istana Negara sejak jam 1.15 tengah hari tadi.
Antara yang dilihat tiba, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin; Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Harun dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Turut kelihatan hadir, Ahli Parlimen Pagoh yang juga bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
BACA: 69 Menteri, Timbalan Menteri angkat sumpah di Istana Negara hari ini
Seramai 31 menteri dan 38 timbalan menteri dijadualkan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.
Istiadat yang dijadualkan bermula pukul 2.30 petang itu akan turut dihadiri Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
#angkat sumpah #Kabinet Ismail Sabri #Yang di-Pertuan Agong #Istana Negara
;