AGM Bersatu pentas kukuhkan parti

Rahimah Abdullah
Disember 28, 2018 19:25 MYT
MUHYIDDIN: Kita akan mengambil peluang dalam mesyuarat ini untuk membincangkan perkara-perkara melibatkan politik dalam parti kita. -Gambar fail
Pentas Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan digunakan sebaiknya bagi mengukuhkan parti itu.
Pada masa sama, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan mesyuarat tahunan itu akan memberi tumpuan kepada usaha memastikan Bersatu memainkan peranan penting dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Kita akan mengambil peluang dalam mesyuarat ini untuk membincangkan perkara-perkara melibatkan politik dalam parti kita.
"Kita perlu ke hadapan dalam mengukuhkan parti dan memastikan peranan kita dalam kerajaan Pakatan Harapan dalam ekonomi, pendidikan, keharmonian, isu kaum dan agama dalam usaha menyatupadukan masyarakat di Malaysia.”

Pentas Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan digunakan sebaiknya bagi mengukuhkan parti itu- Tan Sri Muhyiddin Yassin. @501Awani #PATBersatu2018 pic.twitter.com/VVv85SKjh8

— Rahimah Abdullah (@Rahimah501AWANI) December 28, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Jumaat.
Mengulas lanjut, katanya, antara pemimpin Pakatan Harapan yang akan hadir pada perhimpunan agung ini ialah Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Justeru beliau berharap Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu akan berjalan lancar dan mencapai matlamat parti.
Perhimpunan agung tahunan selama tiga hari ini menghimpunkan 1,600 perwakilan daripada 135 bahagian.
#Anwar Ibrahim #Lim Kit Siang #Muhyiddin Yassin #Pakatan Harapan #Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia #PKR #PPBM
;