Adun Tanjung Bungah serah surat keluar parti DAP

Sinar Harian
April 8, 2018 12:00 MYT
Teh Yee Cheu menunjukkan lima keping kad termasuk kad keahlian DAP yang diserahkan semula kepada DAP Pulau Pinang. - Foto Sinar Harian
Adun Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu mengesahkan keluar parti secara rasmi berkuat kuasa semalam selepas pengumuman Parlimen diumumkan.
Beliau yang menganggotai DAP sejak 2000 itu menyerahkan surat keluar parti serta lima keping kad keahlian kepada Pengerusi Cawangan DAP Sri Tanjung Bungah, Lim Cheng Hoe dalam sidang media khas di sini tadi.
Yee Cheu berkata, beliau akan bertanding di Dun Sungai Pinang di atas platform baharu dalam PRU14 ini.
Sebelum ini, Yee Cheu adalah satu-satunya Adun dari DAP yang sering menyuarakan bantahan ke atas partinya itu mengesahkan akan meninggalkan parti demokratik tersebut sebaik DUN Pulau Pinang dibubarkan.
BACA: Hasrat Teh tidak jejas kedudukan DAP di Pulau Pinang
VIDEO: Kerajaan Pulau Pinang patut dengar nasihat Teh Yee Cheu elak tragedi
VIDEO: Teh akhirnya akan tinggalkan DAP
BACA: ADUN Tanjung Bungah dipancing parti lain
Yee Cheu berkata, beliau mula berfikir untuk meninggalkan parti itu sejak 2013 kerana dasar kepimpinan parti tersebut.
"Saya mula berfikir untuk meninggalkan DAP sejak empat tahun lalu kerana banyak isu yang gagal diselesaikan antaranya isu transgender, had penggiliran jawatan ketua menteri, pembangunan bukit, Rancangan Tempatan Pulau Pinang dan Pelan Struktur.
"Sekarang, selepas terlalu banyak insiden, terutamanya kejadian tanah runtuh baru-baru ini, saya rasa terdapat perbezaan dalam ideologi dasar parti, di mana saya tidak lagi melihat amalan sosialis dalam DAP seperti sebelum ini," katanya.
#ADUN #DAP #DUN #Dun Sungai Pinang #keluar parti #Lim Cheng Hoe #pulau pinang #Tanjung Bungah #Teh Yee Cheu
;