ADUN Sungai Kandis angkat sumpah jawatan

Rahimah Abdullah
September 3, 2018 10:39 MYT
Mohd Zawawi menang kerusi DUN Sungai Kandis menewaskan calon BN, Datuk Lokman Noor Adam, dan calon Bebas, K Murthy. - Gambar fail
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni hari ini mengangkat sumpah jawatan pada Pembukaan Persidangan Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor ke-14 di Bangunan Dewan Negeri Selangor di sini.
Beliau mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN, Ng Suee Lim.
Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor ke-14 disempurnakan Sultan Sharafudin Idris Shah.
Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Kandis 4 Ogos lalu, Mohd Zawawi menang dengan 15,427 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam, yang mendapat 9,585 undi dan calon Bebas, K Murthy (97 undi).
BACA: Sungai Kandis kekal milik Pakatan Harapan
BACA: ADUN Sungai Kandis Shuhaimi Shafie meninggal dunia
PRK yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei, yang juga bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu.
#ADUN #ADUN Sungai Kandis #angkat sumpah #Barisan Nasional #Dewan Undangan Negeri #K Murthy #Lokman Noor Adam #Mat Shuhaimi Shafiei #meninggal dunia #Mohd Zawawi Ahmad Mughni #Pakatan Harapan #pilihan raya kecil #Selangor #sungai kandis
;