ADUN Rawang Chua Wei Kiat dilantik Ketua AMK Selangor

Bernama
Julai 1, 2021 17:40 MYT
ADUN Rawang Chua Wei Kiat dilantik sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor yang baharu, berkuat kuasa semalam. - Kredit foto: dewan.selangor.gov
SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang Chua Wei Kiat dilantik sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor yang baharu, berkuat kuasa semalam.
Setiausaha AMK Malaysia Syukri Razab berkata Chua yang juga Ketua AMK Selayang menggantikan Najwan Halimi yang dipecat daripada jawatan itu pada 28 Jun lepas.
"Pelantikan itu adalah hasil rundingan antara Ketua AMK Malaysia Akmal Nasir bersama ketua-ketua AMK Cabang Negeri Selangor pada 29 Jun lepas," katanya dalam kenyataan di sini.
BACA: Majoriti Ketua Cabang AMK Selangor hilang kepercayaan terhadap Akmal Nasir
BACA: "Ada sesuatu yang tidak kena dalam AMK" - Najwan
Syukri berkata jawatankuasa penuh AMK Negeri akan diumumkan oleh Chua setelah proses perbincangan dibuat bersama ketua-ketua AMK Cabang Negeri Selangor.
-- BERNAMA
#ADUN Rawang #Chua Wei Kiat #Ketua AMK Selangor #Angkatan Muda Keadilan #Syukri Razab #Ketua AMK Selayang #Akmal Nasir #Najwan Halimi #AMK
;