Badan Legislatif termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak adalah satu organ penting dalam pemerintahan dan merupakan sebuah badan bebas sebagaimana badan kehakiman dan badan eksekutif, kata seorang pakar undang-undang.
Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar berkata ketiga-tiga badan ini adalah sama status dan taraf dari sudut perlembagaan dan fungsi serta kuasa badan legislatif tidak boleh diambil alih oleh badan-badan lain.
Katanya, dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan, badan kehakiman dan badan eksekutif tidak boleh campur tangan dengan urusan badan legislatif.
"Ini penting dalam pemerintahan demokrasi bagi mengelak dominasi mutlak oleh seorang atau sekumpulan manusia mahupun oleh satu badan sahaja.
"Inilah sebab mengapa Doktrin Pengasingan Kuasa menjadi satu daripada konsep asas Perlembagaan Malaysia dan perlembagaan negeri-negeri di Malaysia, termasuk Perlembagaan Negeri Sarawak," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan DUN Sarawak melucutkan kelayakan wakil rakyat DAP Dr Ting Tiong Choon sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pujut pada persidangan DUN semalam.
Usul itu dibuat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Negeri Datuk Woon Soon Koh yang juga ADUN Bawang Assan kerana Ting mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Australia.
Mengulas lanjut, Khairil Azmin berkata Perlembagaan Persekutuan memberikan hak keistimewaan kepada Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri untuk memastikan bahawa badan legislatif tidak tunduk atau duduk di bawah badan-badan lain dan bagi menjamin kebebasan anggota Parlimen dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam menunaikan tanggungjawab mereka.
Menjelaskan demikian, beliau berkata perkara tersebut termaktub dalam Perkara 63 dan 72 Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya antara keistimewaan Dewan Undangan Negeri ialah kesahan apa-apa prosiding di dalam Dewan Undangan mana-mana Negeri tidaklah boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah sebagaimana termaktub dalam Perkara 72(1) Perlembagaan Persekutuan.
"Kuasa membuat keputusan sama ada seseorang ADUn hilang kelayakan menjadi ahli ialah kuasa eksklusif dan keistimewaan DUN. Peruntukan ini jelas termaktub dalam Perkara 17 dan 19 Perlembagaan Negeri sarawak.
Perkara 17(1) (b) dan (g) menyatakan bahawa seseorang hilang kelayakan untuk menjadi ahli DUN jika dia seorang bankrap belum lepas, atau telah dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan negara lain, menggunakan hak kewarganegaraan negara lain atau telah membuat suatu akuan setia kepada mana-mana negara lain.
"Keputusan tentang kehilangan kelayakan menjadi ADUN hanya boleh dibuat oleh DUN tersebut," katanya.
Khairil Azmin berkata Perkara 19 Perlembagaan Negeri Sarawak menyatakan bahawa jika berbangkit apa-apa soal sama ada seseorang ahli telah hilang kelayakan untuk menjadi ADUN, maka Dewan itu hendaklah mengambil keputusan mengenainya dan keputusan itu adalah muktamad.
"Sebagaimana yang diketahui Perkara 72(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa kesahan apa-apa prosiding di dalam Dewan Undangan mana-mana Negeri tidaklah boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah sebagaimana termaktub dalam Perkara 72(1) Perlembagaan Persekutuan.
"Oleh itu adalah amat sukar untuk membuat kesimpulan bahawa keputusan yang dibuat oleh Dewan dalam perkara ini boleh dicabar atau diubah di mahkamah kerana ia bertentangan dengan peruntukan-peruntukan yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Sarawak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2017

Badan kehakiman dan badan eksekutif tidak boleh campur tangan dengan urusan badan legislatif. - Astro AWANI
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha segera tangani kekurangan bekalan buah kelapa
Pahang mengakui berhadapan kekurangan bekalan buah kelapa sejak Ogos lepas dan usaha menyelesaikan masalah itu sedang ditangani segera oleh kerajaan negeri.

PKR Sabah pertahan DUN Inanam dan Api-Api pada PRN17 - Mustapha
Mustapha berkata walaupun menyedari banyak parti turut mengintai dua DUN berkenaan, namun PKR tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan kerusi itu.

Amizar angkat sumpah sebagai ADUN Pelangai
Amizar mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin di Wisma Sri Pahang.
![[TIDAK RASMI] PN sapu bersih di Terengganu, dua bekas Menteri Besar kecundang [TIDAK RASMI] PN sapu bersih di Terengganu, dua bekas Menteri Besar kecundang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691850391_TBDRAWBRIDGEGELAP.jpg)
[TIDAK RASMI] PN sapu bersih di Terengganu, dua bekas Menteri Besar kecundang
Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan kerusi DUN Kijal yang disandangnya selama sembilan penggal.

Jualan Rahmah dua kali sebulan di peringkat DUN mulai Ogos - Fuziah
KPDN menerima peruntukan tambahan RM50 juta seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, 30 Julai lepas.

PSB kerjasama dengan PDP, ikrar sokongan kepada Abang Jo
PSB menyatakan sokongan penuh kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beri peluang Tengku Zafrul bertanding di DUN Sg. Kandis - Pemuda UMNO Kota Raja
Mohd Zaffarollah juga menegaskan bahawa Pemuda UMNO mahu Tengku Zafrul menolak pelawaan pencalonan di kawasan lain.

MUDA perkenal empat calon DUN dalam PRN Selangor
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) hari ini mengumumkan empat calon Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada Ogos depan.

PRN: Polis Kelantan kenal pasti 16 kawasan 'panas'
Polis telah mengenal pasti 16 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dianggap 'panas' pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

PRN: Kempen secara sihat, fakta benar, elak adu domba - Sanusi
Muhammad Sanusi mengharapkan pelaksanaan kempen parti pada PRN bagi enam negeri termasuk di Kedah dilakukan secara sihat berasaskan fakta benar.