Adun Pemanis umum keluar PKR, nyatakan sokongan terhadap gabungan baharu

Hakim Rahman
Mac 4, 2020 16:55 MYT
Dengan penyertaan Dr Chong sebagai Adun Bebas, ini menjadikan kerusi yang dipegang di bawah kerajaan Gabungan Baharu kekal majoriti mudah iaitu 28 kerusi berbanding 26 kerusi Pakatan Harapan (PH). - Foto Astro AWANI
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pemanis, Dr Chong Fat Full mengesahkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi Adun Bebas sekaligus menyokong kerajaan Gabungan Baharu di Johor.
Beliau juga sudah menyerahkan akuan bersumpah (SD) kepada Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad menandakan sokongan kepada kerajaan Gabungan Baharu.
Menurut Dr Chong, keputusan tersebut dibuat selepas memikirkan kepentingan negeri Johor, masyarakat Dun Pemanis dan masyarakat negeri Johor.
“Tiada tekanan diberikan kepada saya ketika membuat keputusan berkenaan. (keluar PKR),” katanya ketika sidang media di Pejabat Menteri Besar Johor, di sini hari ini.
Dengan penyertaan Dr Chong sebagai Adun Bebas, ini menjadikan kerusi yang dipegang di bawah kerajaan Gabungan Baharu kekal majoriti mudah iaitu 28 kerusi berbanding 26 kerusi Pakatan Harapan (PH).
Sokongan Dr Chong meningkatkan lagi peluangnya menjawat jawatan Exco memandangkan beliau satu-satunya Adun berbangsa Tionghua yang berada dalam kerajaan gabungan baharu Johor.
#ADUN #Adun Pemanis #Dr Chong Fat Full #Exco #Hasni Mohammad #Johor #kerajaan #Malaysia2020 #Menteri Besar #Menteri Besar Johor #Pakatan Harapan #Parti Keadilan Rakyat #PKR #rakyat
;