ADUN Morib dilantik Timbalan Speaker DUN Selangor yang baharu

Astro Awani
Julai 13, 2020 13:13 MYT
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari mencadangkan nama Hasnul sebagai Timbalan Speaker dan mendapat sokongan dewan. - Gambar FB Hasnul Baharuddin
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharuddin dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang baharu.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari mencadangkan nama Hasnul sebagai Timbalan Speaker dan mendapat sokongan dewan.
Hasnul yang mengangkat sumpah pagi tadi dipilih untuk menggantikan ADUN Sementa, Dr Daroyah Alwi yang mengumumkan peletakan jawatan, Jun lalu.
Pada 13 Jun lalu, Dr Daroyah mengumumkan untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan semua jawatan yang disandangnya.
Dr Daroyah bagaimanapun menegaskan beliau tidak akan menyertai mana-mana parti dan hanya bertindak sebagai wakil rakyat bebas yang mesra Perikatan Nasional (PN).
#ADUN #ADUN Sementa #Amirudin Shari #Dewan Undangan Negeri #Dr Daroyah Alwi #DUN #Hasnul Baharuddin #Morib #Parti Keadilan Rakyat #Perikatan Nasional #PKR #PN #Selangor
;