ADUN Jeram kini anggotai Majlis Eksekutif Pusat Pejuang
Astro Awani
Mei 6, 2021 22:49 MYT
Mei 6, 2021 22:49 MYT
KUALA LUMPUR: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli dilantik Ahli Majlis Eksekutif Pusat (MEP).
Turut dilantik menganggotai MEP ialah Nabil Ramli.
Menerusi satu kenyataan pada Khamis parti itu turut mengumumkan pelantikan Akhramsyah Sanusi sebagai Ketua Biro Penyelidikan Pejuang dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebagai Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan.
Jelas kenyataan itu, pelantikan berkenaan dibuat biro politik parti dengan persetujuan ahli Majlis Eksekutif Pusat.
Turut dilantik ialah Wan Azliana Wan Adnan sebagai Ketua Biro Latihan, Datuk Ir Wan Nazari Wan Yusof sebagai Ketua Pejuang Terengganu dan Rosley Mat sebagai Ketua Pejuang Perlis.
Pendaftaran parti yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad itu masih belum diluluskan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 April lalu menetapkan permohonan semakan semula kehakiman untuk pendaftaran parti itu pada 31 Mei ini.
#Pejuang
#ADUN Jeram
#Mohd Shaid Rosli
#Ahli Majlis Eksekutif Pusat
#MEP
#Mahathir Mohamad
#Nabil Ramli