Adun dan MP Sabah adakan pertemuan tertutup dengan Ketua Menteri

Ruzaini Zulkepli
Mac 5, 2020 15:49 MYT
Majlis pertemuan yang diadakan di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) Kota Kinabalu itu dilakukan secara tertutup. - Gambar fail
Seramai 42 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan 14 Ahli Parlimen dari blok kerajaan negeri Sabah menghadiri sesi taklimat khas bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal petang ini.
Pertemuan yang diadakan di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) Kota Kinabalu itu dilakukan secara tertutup dan bermula jam 2.30 petang.
Difahamkan, majlis pertemuan di antara Adun dan Ahli Parlimen itu melibatkan wakil-wakil rakyat dari parti pemerintah yang terdiri dari Parti Warisan Sabah (Warisan), UPKO, PKR dan DAP yang bertujuan menerangkan hala tuju pentadbiran negeri ditengah-tengah kemelut pentadbiran di peringkat persekutuan.
Satu sesi sidang media dijangka akan dibuat sejurus perjumpaan selesai.
Menerusi tinjauan sebentar tadi, antara pemimpin yang hadir adalah Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darell Leiking, Presiden UPKO, Datuk Madius Tangau, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Christina Liew dan Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung.
Difahamkan, hampir semua ADUN dan Ahli Parlimen hadir di sesi taklimat tersebut kecuali Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari, Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin dan ADUN Bugaya, Manis Muka.
#DAP #Ketua Menteri #Kota Kinabalu #menteri #PKR #presiden #Shafie Apdal
;