GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dinamakan Perikatan Nasional (PN) sebagai ketua pembangkang yang baharu mewakili gabungan itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
Timbalan Pengerusi PN Datuk Dominic Lau Hoe Chai berkata cadangan itu telah dipersetujui oleh semua ADUN PN negeri itu dan dimaklumkan kepada Speaker DUN Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang.
"Kami yakin dengan lantikan ini, PN akan berperanan sebagai pembangkang yang berwibawa untuk membawa suara rakyat Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Lau yang juga Pengerusi PN Pulau Pinang berkata kerajaan negeri telah menghantar notis usul pengosongan kerusi bagi empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili PN iaitu Bertam, Teluk Bahang, Sungai Acheh dan Seberang Jaya.
Beliau berkata usul itu adalah bersangkutan dengan undang-undang Akta Lompat Parti Pulau Pinang yang dijangka akan dibahaskan di persidangan DUN Pulau Pinang, Isnin ini.
Lau berkata sebelum ini ADUN Bertam telah menghantar usul kepada DUN Pulau Pinang pada 20 Feb lepas bagi meminda Perkara 14A Fasal 1 Perlembagaan Pulau Pinang berkenaan dengan undang-undang akta lompat parti agar selari dan selaras dengan Akta Lompat Parti (Akta A1663) yang baru diluluskan di Parlimen tahun lepas.
Menurutnya percanggahan besar dalam undang-undang itu adalah berkenaan pemecatan ahli dewan iaitu seorang Ahli Parlimen tidak akan hilang kerusinya jika wakil rakyat itu dipecat daripada partinya atau sekiranya parti politiknya terbubar atau dibatalkan pendaftarannya.
"Kami berpandangan Pulau Pinang tidak boleh dilihat bercanggah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, iaitu undang-undang tertinggi negara. Namun, usul pembangkang ini telah ditolak oleh Speaker daripada dibahaskan di dalam persidangan akan datang ini," katanya.
Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa seseorang ADUN hendaklah mengosongkan kerusinya jika telah dipilih sebagai calon parti politik, beliau perlu meletak jawatan atau dipecat daripada parti atau telah dipilih selain sebagai calon parti politik, menyertai parti politik lain.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 03 2023

Khaliq Mehtab dinamakan Perikatan Nasional sebagai ketua pembangkang yang baharu mewakili gabungan itu di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. - Gambar fail
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

SPRM kembali jadi tumpuan, Ismail Sabri sambung beri keterangan petang ini
Ibu Pejabat SPRM kembali menjadi tumpuan media petang ini bagi perkembangan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

Malas nak bising-bising - TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik gambar telah menjalani pertemuan empat mata bahawa pemain warisan terbaharu negara, Hector Hevel lebih awal lagi.
Portugal adakan pilihan raya awal pada 18 mei
Portugal akan mengadakan pilihan raya awal pada 18 Mei selepas kerajaan minoriti pimpinan Luis Montenegro tumbang susulan usul undi tidak percaya.

Dua ADUN Bersatu di Pulau Pinang tarik balik sokongan terhadap Pakatan Harapan
ADUN Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan ADUN Teluk Bahang, Zolkifli Md Lazim menarik balik sokongan yang diikrarkan mereka sebelum ini.