Adenan Satem terus berteka-teki bila tarikh pembubaran DUN Sarawak

Astro Awani
Mac 11, 2015 22:08 MYT
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem terus berteka teki mengenai tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak. - Gambar Fail
Barisan Nasional (BN) Sarawak melahirkan rasa yakin akan menang dalam pilihan raya negeri akan datang.
Namun, di sebalik keyakinan itu, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem terus berteka teki mengenai tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri yang akan membawa kepada pilihan raya negeri ke-11.
Dalam temubual eksklusif bersama Astro AWANI, beliau berkata biarpun penggal bagi DUN Sarawak akan berakhir 20 Jun tahun depan, namun pilihan raya berkenaan boleh diadakan pada bila-bila masa.
#Adenan Satem #Dewan Undangan Negeri #DUN #Kuching #politik #Sarawak
;