'Adam rindu dan sayang atuk' - Cucu Najib hadir di mahkamah
Faida Rahim
September 2, 2022 13:55 MYT
September 2, 2022 13:55 MYT
KUALA LUMPUR: Cucu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Adam Razak meluahkan rasa kerinduan terhadap datuknya.
Menerusi perkongsian hantaran Instagram anak sulung Najib Razak, Nooryana Najwa menulis anak sulungnya itu merindui datuknya.
“Kita akan ke pejabat atuk hari ini?” soal Adam.
Dalam masa sama, Adam yang tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersama ibunya pagi tadi berasa hairan dengan kehadiran beberapa lelaki memegang senjata.
"Mereka hanya mahu melindungi atuk supaya tiada apa berlaku kepadanya. Saya rindu dan sayang atuk seribu juta kali. Hanya lambaian atau ‘flying kiss’,” menurut Yana dalam satu pautan di hujung entri Instagramnya.
Adam Razak hadir bersama ibunya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini susulan perbicaraan kes Najib berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion.