Adakah Kak Jat akan bertanding di Bandar Tun Razak?

Astro Awani
April 16, 2018 03:39 MYT
Sebelum ini, spekulasi menyatakan Shahrizat bakal tercalon di Bandar Tun Razak yang secara tradisinya ditandingi wakil MCA. - Gambar fail
Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil tidak akan bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak seperti khabar angin sebelum ini.
Beliau menjawab spekulasi berkenaan dalam status yang dimuat naik di laman sosial Twitter dan Facebook miliknya.
"Ramai yang tanya saya sama ada saya akan terima tawaran untuk bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak. Jawapan saya TIDAK.
"Walaupun Bandar Tun Razak adalah satu kawasan di mana Barisan Nasional boleh menang dan tewaskan PKR."

Ramai yang tanya saya sama ada saya akan terima tawaran untuk bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak. Jawapan saya TIDAK ,walaupun Bandar Tun Razak adalah satu Kawasan di mana Barisan National boleh menang dan tewaskan PKR.

— Shahrizat Jalil (@ShahrizatJalil) April 16, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, spekulasi menyatakan Shahrizat bakal tercalon di Bandar Tun Razak yang secara tradisinya ditandingi wakil MCA.
Pada PRU13, kerusi Parlimen Bandar Tun Razak ditandingi wakil MCA tetapi tiada pengesahan sama ada akan berlaku pertukaran kerusi antara UMNO dan MCA di sini.
#Bandar Tun Razak #MalaysiaMemilih #MCA #PRU 14 #Shahrizat Abdul Jalil #UMNO #Wanita UMNO