894 borang penamaan calon dijual bagi PRN Johor - SPR Johor
Bernama
Februari 24, 2022 11:50 MYT
Februari 24, 2022 11:50 MYT
JOHOR BAHRU: Sejumlah 894 borang penamaan calon telah terjual setakat ini bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Johor dalam kenyataan hari ini berkata 295 borang dijual kepada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (99), Pejuang (86), Ikatan Demokratik Malaysia (52), PKR (49), MCA (49), DAP (42), Amanah (34) dan Gerakan (30).
Sebanyak 21 lagi borang penamaan calon dijual kepada Pas, Bersatu (20), Warisan (lima), Pakatan Harapan (tiga), Parti Bangsa Malaysia (satu), lain-lain parti (55) dan individu (53).
-- BERNAMA