Jika diukur berdasarkan kemenangan dalam enam pilihan raya kecil (PRK), Pakatan Harapan (PH) masih mendahului Barisan Nasional (BN) dengan rekod empat berbalas dua.
PH pasti mengharapkan momentum berterusan selepas mengambil alih pentadbiran negara Mei lalu, namun jangan sesekali memandang rendah kepada pihak lawan khususnya BN kerana mereka sudah tentu akan berjuang bermati-matian terutamanya selepas kemenangan terbaharu pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, 2 Mac lalu.
Kini, tumpuan rakyat dan pemerhati politik terarah pula kepada PRK DUN Rantau yang ditetapkan pada 13 April akan datang.
PRK Rantau terpaksa diadakan susulan mahkamah pilihan raya pada November 2018 memutuskan kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan terbatal dan mengarahkan PRK bagi memilih Adun bagi kerusi tersebut.
BACA: PRK DUN Rantau 13 April ini - SPR
BACA: SPR sasar 70 peratus keluar mengundi pada PRK Rantau
PRK Rantau akan menjadi lebih 'hangat' dan menarik perhatian ramai kerana dijangka Mohamad atau Tok Mat yang merupakan bekas menteri besar Negeri Sembilan, sebagai calon pembangkang.
Astro AWANI menghubungi penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Sivamurugan Pandian bagi mendapatkan pandangan mengenai beberapa aspek yang menjadikan PRK Rantau ‘sensasi’.
1. Calon
Dr Siva mengatakan Tok Mat mempunyai aura yang cukup kuat di Negeri Sembilan dan sememangnya pemimpin yang dihormati ramai.
Katanya, timbalan Presiden UMNO itu menjadi figura penting dalam mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN memandangkan Rantau merupakan kubu kuat beliau.
Sementara, PH pula berdepan krisis apabila Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr. S. Streram ditolak sebagai calon PH.
2. Pengukur Prestasi
Menurut Dr Siva, PRK Rantau akan menjadi platform kepada parti pemerintah dan pembangkang untuk dinilai oleh pengundi dan rakyat, terutamanya terhadap PH agar mereka tidak terus dilabel kerana ‘kegagalan’ dalam menunaikan beberapa manifesto.
3. Isu pokok
Beliau berkata, selain isu sentimen agama dan bangsa Melayu yang sering menjadi kekhuatiran pengundi, isu nasional seperti kos sara hidup akan terus menjadi tumpuan utama, di samping janji manifesto.
Bagaimanapun, Dr Siva menasihati pemimpin PH supaya lebih bijak dalam mengeluarkan kenyataan agar tidak menimbulkan kemarahan ramai.
4. Jentera parti
Jelasnya, jentera BN tidak boleh selesa menjelang pilihan raya itu nanti. Namun, kelebihan mungkin berpihak kepada PH kerana mereka akan menggunakan jentera bersepadu daripada PKR dan parti komponen dengan sempurna bagi menghalusi apa yang berlaku pada pilihan raya di Semenyih.
5. Undi Melayu kembali kepada BN?
Menjawab pertanyaan ini, Dr Siva berpendapat rekod atas kertas masih berpihak kepada BN berdasarkan prestasi Tok Mat.
Katanya, komposisi 53.43 Melayu, Cina (18.81 peratus), India (27.01 peratus) dan lain-lain (0.75 peratus) pada PRK itu nanti mungkin memberi kelebihan dari segi undi kepada BN.
Bagaimanapun, keadaan akan menjadi sebaliknya jika PKR meletakkan calon yang tepat.