5,500 individu sertai Bersatu di Sandakan

Radhi Muslim
Ogos 30, 2020 09:43 MYT
Borang penyertaan ahli Bersatu diserahkan oleh mantan pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas), Datuk Mohd Afendi Hamdan. - Astro AWANI
Seramai 5,500 individu menyerahkan borang bagi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Borang berkenaan diserahkan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis ringkas di Sabah Hotel, Sandakan, pada Ahad.
Ia diserahkan oleh Mantan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas), Datuk Mohd Afendi Hamdan.
Dalam majlis itu, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee turut hadir menyaksikan penerimaan borang keahlian berkenaan.
Difahamkan, semua ahli baharu itu dari kawasan Zon Lima Sabah, iaitu Libaran, Sandakan, Beluran, Kinabatangan dan Batu Sapi.
Dalam majlis berkenaan juga tiada sebarang ucapan dari mana-mana pemimpin dan majlis berjalan kira-kira 20 minit.
Ia diakhiri dengan penyerahan cendera hati berbentuk lukisan kepada Perdana Menteri.
BACA: Warisan Semporna nafi ahli keluar 5,000 orang
#Bersatu #pindah parti #politik #Politik Sabah #Sabah #Sabah Memilih #Warisan